Followers

Wednesday 30 April 2014

rezeki..mantap nye teknik elliot wave

syukur...closed position...
memerlukan kefahaman yg tinggi utk memahami ew...ew adalah satu teknik yg lama...dan rumit...tak ramai yg nak belajar ew...alhamdulillah..aku diberi sedikit pemahaman...

Tuesday 29 April 2014

emosi mental....

jika begini...boleh tahan ke? emosi mental masing2 hehehehge.....let it be...u must folow ur sistem...mana sistem? pm sy...sy boleh bagi tahu.....

Monday 28 April 2014

teknik evergreen

biar gambar berbicara....tgh float lagi..blum tutup lagi...sykur ke hadrat illahi...sapa2 mau join...pm.....

pair eu..pair kegemaran...

haiii...lama gile tak menulis...bz sikit...
haaa..tajuk kat atas...utk trader mesti tahu pair mana kesukaan ramai kan...utk aku..pair eu aku paling suke...slow n steady...pair lain ade jugak..tp byk meninggalkan sejarah pada aku..hahaha...

ew teknik evergreen

salam all...ermm...ape nk tulis pagi ni... nak mengajar ew...luas skop nye...insyallah....now aku dah jadi ib kepada broker exness...sapa2 mau join...boleh pm aku...trade bwh aku..dan aku akan ajar teknik ew...insyallah jika diIzinkan allah....

Wednesday 19 March 2014

Apps untuk Blogger?

wow...now nk update blog dah bleh gune mobile apps je..seronok ni....sape2 yg nak folow blog gune mobile pun boleh rasanye? bagus..new method utk mempermudahkan memblogger...amin...

Tuesday 18 March 2014

kunci sukses forex


Ketika ditanya kunci sukses mereka:

• Menerapkan sikap menepati janji .• Disiplin = tidak mudah dipengaruhi, dalam segala hal, termasuk disiplin dalam hal makanan, mereka orang yang mempunyai resepi sendiri , dan tidak gelojoh.• Selalu mengembangkan social skill = cara bergaul, belajar getting along with people, belajar leadership, menjual idea, mereka orang yang meng-upgrade dirinya, tidak malas belajar.• Punya pasangan yg support, selalu mnyokong sama ada dalam kesusahan atau kesenangan. Menurut mereka, integriti harus dimulakan dari rumah, kalau salah seorang suami/isteri tidak mendapat kepercayaan di rumah, apatah lagi di luar dari rumah.

Peringkat Trader

Dipetik dr salah satu laman web forex: 



Peringkat - peringkat untuk menjadi seorang 'TRADER' yang berjaya


Peringkat 1


Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi profit dengan mudah.


Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor “Tuah” @ luck yg menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya anda tetap mengira yang anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan sebaliknya.Anda yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method atau system yang lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda sendiri,anda selalu melawan market kerana perasaan marah anda.anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau membiarkan keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa saja modal yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu…


90% mereka mereka yang berkecimpung didalam kerjaya forex akan sampai ke level ini sahaja..Mereka biasanya menjadi bankrap ,berhenti trading dan menggangap apa yang terjadi hanyalah mimpi buruk belaka.Sebahagian lagi tetap berkeras dan terus mencari modal dari orang lain dan trading seperti orang yang hilang akal,dalam seminggu dua modal yg mereka perolehi dari orang lain itu habis lalu mereka terus mencari mangsa seterusnya..Mereka masih mengaku yang mereka seorang “Trader” dan biasanya mereka akan membuka pejabat broker sendiri @ bekerja dipejabat broker yang lain untuk terus mendapatkan modal .Hanya faktor “waktu” ,Sampai bila mereka dapat bertahan dilevel ini,dan waktu
selalunya menang…90% trader ada di level ini dan hanya 10% akan meneruskan kerjaya mereka keperingkat seterusnya…




Peringkat 2



Pada level ini anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya tidak tahu trade dengan betul dan,anda tidak pun memiliki kebolehan untuk trading yang dapat menghasilkan profit secara konsisten dan anda tahu sebabnya..Anda sedar selama di level satu semua yang terjadi adalah dibawah pengaruh emosi anda sendiri yang tidak dapat berfikir secara waras.


Maka anda mula mencari sesuatu yang dipanggil “Holy Grail”.(system trading yang sempurna iaitu system yang tak pernah rugi bila digunakan ) Anda mula membeli sistem2 yang ada di internet,anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari USA UK Australia Europa sampai ke Russia.Anda baca semua ebook yang ada,Anda akan praktikkan semua system yg terdapat dimuka bumi ini yang anda perolehi,Anda menjadi seorang yang dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di gurun sahara yang dahagakan air..
Pada level ini anda akan membaca semua secara terperinci tentang indicator,Anda akan menguji semua indicator yang ada di software trading anda,Bahkan anda mungkin akan membuat indicator sendiri (Biasanya gabungan 2 @ 3 indicator) Anda akan bermain main dengan Moving average, Fibonacci lines, Pivot ,Divergence ,DMI,ADX Bollinger bands dan keseluruhan indicator yang ada.


Anda tahu bahawa market terlalu rumit untuk dijangka dengan menggunakan hanya dengan 1 indicator sahaja.Anda tahu gabungan ideal dari setiap indicator itu.Anda tahu ketepatan dan kelemahan indicator tersebut.Anda akan mencuba TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut,Kekadang anda akan bergabung dengan mana mana forum @ chat room trader dan bertanyakan apa apa yang anda tidak faham tentang forex pada trader yang lebih senior. Pada penghujung level ini anda akan mendapatkan 5 -10 sistem yang agak lengkap dan mencuba mencari yang mana antaranya paling sesuai dan terbaik yang bakal anda gunakan.Dari 10% trader yang ada dilevel ini hanya sekitar 7% yang berjaya ke peringkat ketiga.




Peringkat 3



Pada akhir peringkat 2 anda menerima hakikat bahawa punca kegagalan anda bukan terletak di sistem.Anda menyedari bahawa anda boleh mendapat keuntungan walau hanya menggunakan moving average sahaja tanpa indicator lain ( system yang begitu simple) jika anda betul betul menggunakan akal anda dan risk management yang sepatutnya.

Anda mula membaca buku tentang saikologi trading atau artikel2 berkaitan dengannya.Dengan memahami isi kandungannya maka akhirnya anda sebenarnya sudah memasuki peringkat pencerahan. (menghampiri kejayaan).Peringkat pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting ,Didunia ini tidak ada seorang pun yang mampu menjangka secara tepat apa akan terjadi pada pergerakkan market 30 minit kedepan.


Maka anda mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan peribadi anda.dan mampu menjana lebih banyak keuntungan daripada kerugian.Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinannya untuk mendapat profit lebih besar dari lost dan juga bila ada signal dari system anda yang membenarkan anda berbuat demikian.Anda juga akan menggunakan stop lost kerana anda sedar stop loss adalah risiko bisnes yang ada didunia trading.


Ketika stop lost yang anda pasang kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun yang boleh mengjangkakannya..dan itu bukan kesilapan anda.Trading yang seterusnya akan meningkatkan kemungkinan profit kerana anda sedar system anda memberi lebih profit dari lost.Anda sedar bahawa didalam dunia trading hanya ada beberapa perkara terpenting yang perlu di ambil kira dan tak boleh dipandang ringan ,iaitu konsistensi ,saikologi trading ,Risk Management dan yang terpenting adalah displin anda sendiri dalam melakukan jual beli forex.Anda mempelajari tentang Risk Management 2% yang digunakan kebanyakan proffesional2 traders di seluruh dunia.Dalam hal ini ia memberi peringatan kisah 2@3 tahun yang lalu ketika ada yang menasihatkan perkara yang sama pada anda tentang risk ini tetapi tak pernah anda endahkannya..Ketika itu anda belum matang dalam trade tetapi sekarang anda sudah berubah dan lebih bersedia.

Dari 7% trader yang ada di peringkat ini hanya sekitar 5% berjaya menuju ke peringkat seterusnya…




Peringkat 4


Ok sekarang anda hanya trade bila system anda membenarkannya. Anda tidak teragak agak untuk cut lost bila anda fikirkan wajar berbuat demikian dan tanpa ragu ragu begitu juga sebaliknya bila anda
ambil profit kerana anda sentiasa sedar system anda memberikan keuntungan melebihi kerugian pada jangka masa panjang.Di peringkat ini anda mulai target keuntungan anda hanya dengan 20-30 pip dalam sehari.dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu anda meningkatkan lagi target sehingga ke 40 pip sehari dan akhirnya semua ini biasa buat anda.


Anda masih harus bekerja keras untuk sentiasa memperbaiki system anda, menguasai emosi dan melaksanakan Risk management yang anda pegang.
Peringkat ini berjalan antara 4-6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke peringkat seterusnya..




Peringkat 5



Nah , sekarang anda sampai di peringkat teratas,,Peringkat yang paling diharapkan oleh seluruh trader didunia ini.Diperingkat ini anda trade secara semulajadi.Anda menguasai semuanya.Anda dapat menari bersama pergerakkan market walau turun @ naik.Kemana pun arah market bergerak anda telah pun menunggu di posisi yang betul .Anda hanya tunggu dan melihat profit anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit..

Ini lah peringkat kemuncak seorang trader, Inilah kejayaan sebenarnya.Anda telah menguasai emosi anda dan sekarang anda trading dengan akaun yang terus membesar setiap hari dari compounded profit yang anda perolehi Anda akan jadi bintang di trading chat room, dan orang orang akan mendengarkan apa yang anda katakan,Anda kenal dengan pertanyaan mereka kerana anda di kedudukan mereka satu masa dulu.Anda akan memberikan nasihat dan pedoman ,Namun anda tahu kebanyakkan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana meraka masih di Peringkat 1..


Anda tidak mempunyai masaalah kewangan lagi.Anda mampu membeli segalanya yang anda idamkan selama ini.Anda mampu membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet.Anda boleh pindah ke hotel 5 bintang dan menjadi penghuni tetap disana.Anda mempunyai pendapatan seperti seorang superstar.Anda boleh membuat buku sendiri.Anda boleh trading dengan margin (modal) yang tanpa batas dan akaun anda akan menjadi berlipat kali ganda ..Hanya 3% sahaja trader yang boleh sampai ke peringkat ini

Sekarang boleh la dengan bangganya anda berkata ‘ SAYA SEORANG TRADER’


Permulaan Forex

yaaa....Setiap Cerita mesti ade permulaan dan pengakhiran.....

so...forex...permulaan untuk yg ingin belajar sendiri boleh belajar ape itu forex di babypips.com

situ anda buleh belajar dari mula hingga habis....insyallah dgn itu anda akan pahami apa itu forex...

jika tak phm disitu..cube lah berulang kali...insyallah...akan dibantu oleh  ALLAH SWT...

Chart Patern VS Elliot Waves Patern




gambar di atas aku tunjukan tentang Patern dlm Chart di MT4....ya...dalam EW pon ada patern...sama patern...tp dipanggil berlainan....jgn tersilap yaaaa.....


boleh mula menghafal....


cth Chart Patern....juga boleh diapplikasikan dlm elliot wave...



Monday 17 March 2014

Cara Trading Aku

okey..first..aku cume nak sharing cara trading aku ni kat trader2...tujuannye...hanya untuk Berkongsi Idea...untuk meneka arah pasaran market....

Mostly aku akan trade pair Eur/Usd....Aku gune Teknik ELLIOTT WAVE.. yesss...Purely EW....untuk aku la..untuk org lain aku tak tahu....

EW aku gune untuk cari arah market atau lebih dikenali sebagai Trend....
yaaa...aku akui...teknik ni tak 100% give profit...kenapa? sebab tetap ade posibilty kesalahan aku mengcountkan wave ni....

yaaa...Cikgu EW aku...ade diluar sana dengan kepakaran nya....tak perlu la sebut nama nye memandangkan dia pon dah silent sekrang...more to business fizikal...trade mesti tak tinggal punya la....

so ...yess..this method la aku perhalusi...kata org EW=evergreen technic...old punya teknik...tp..pada aku..more proven with this method utk aku..jadi aku kaji dari basic hingga melalut...hahaha...

insyallah..aku cuba kongsikan idea trade dgn ew...
cth perkiraan ew di tf m15....



Siapa Aku?

Salam..
aku adalah aku...pelakon utusan Allah SWT ..dan terpanggil kesini utk berkongsi idea dlm bidang forex...

Insyallah..aku akan cuba berkongsi pengalaman aku dlm bidang ini sehabis buleh....anything tak paham bleh contact aku..sebab aku tahu perasaan newbie yg ingin merubah masa depannye dgn fx...sebab aku dulu pon gitu jugak....sentiasa blurrrr bile tgk otai2 komen2...

alhamdullillah....sampai tahap ni...4 tahun bergelumang dlm bidang fx...masih tak kaya duit lagi...but ilmu bertambah...syukur..teringat satu pesan hamba allah..'lebih memberi lebih mendapat'...pesan yg mendalam..tak kira dari segi apa2 pon...

so now...aku just stick dgn method yg aku pegang...syukur..ade perubahan...dan aku nak berkongsi dgn sesiape yg baca....

Siapa Aku? Aku Adalah Aku....Hanya Trader Kecilan....

adiosamaragos waberambos..
keh keh keh...




Dua Jiwa? Apa Tu?

hahaha..dua jiwa...dlm forex ade buy sell..tu la jiwa nye...satu jiwa buy satu jiwa sell....mana satu nak pilih?
mana satu yg betul? mana satu yang profit? tak siapa yg tahu jika TIADA analisa Teknikal ataupun Fundamental...akan tetapi...jika ada analisa sekalipun...belum tentu itu betul pilihan yg dibuat nnt....
 dah2..malas nak melalut....melalui blog ni...aku nak share pasal...analisa teknikal....free of charge hanye di blog...nak lebih...sembang lain..wahahaha....

Forex...ade dua analisa yg selalu Trader buat....iaitu...TEKNIKAL  ataupun FUNDAMENTAL(NEWS)

Teknikal lebih kepada tools atau indicator yg ada di platform broker masing2...now terlalu banyak analisa teknikal yg boleh digunakan...sejauh mana kepoweran analisa itu...hanya yg bebetul hadam je dpt tahu...jahahha...contoh analisa teknikal ialah menggunakan trendline,fibonacci,awsome osci,stoch osci dan etc...beribu oi teknik dlm forex ni....

Fundamental lebih kepada News2 yg dikeluarkan oleh bank2 besar...calendar news boleh didapati di website cth nye Forex Factory,Daily Fx dan etc..

ForexDuaJiwa
PartTime Trader

Apa Itu Forex?

Forex...Tak semua org tahu akan ini....Seakan MLM..tp tidak jika tahu caranye....
Forex...Org yg dah tahu akan mengecop Forex dgn dua perkara..
:- Lubuk Duit
:- Tempat Menghabiskan Duit..

Lubuk Duit
yaaaaa....Fx mmg tpt lubuk duit....dgn mengunakan matawang USD sebagai base dlm acc trading....jika trader yg pandai utk mengambil duit dari Forex...dia akan senang....insyallah...

Tempat Menghabiskan Duit
Yaaaa...Fx juga tempat menghabiskan duit..hahaha...jika trader yg tak gagal dlm forex...dia bukan lah trader sejati...kata org gagal dahulu sebelum berjaya.....tp yg gagal habis pon banyak....termasuk lah aku...

sekian dulu...mood nak tulis belum ade....
ForexDuaJiwa
PartTime Trader