Followers

Monday 4 December 2017

Siapakah Warren Buffett???

Siapakah Warren Buffett???



Warren Buffett ialah pelabur paling berjaya, manusia ketiga terkaya di dunia malah pernah menjadi yang pertama pada suatu ketika dahulu
dikatakan sebagai manusia yang paling puas hati dengan kehidupan. Gaya hidup yang amat sederhana yang jarang dimiliki oleh sesiapapun.


  1.   Berapa fakta tentang Warren Buffett:
  2.  Lahir pada tahun 1930, mula berniaga semasa umur 6 tahun dengan menjual botol coca-cola
  3.   mula membeli dan menjual saham pada umur 11 tahun
  4.   membeli estate pada umur 14 tahun dan merasa menyesal kerana merasa terlalu lambat
  5.  menjadi jutawan pada umur 19 tahun dan bilionnair pada tahun 1990.
  6.   membeli rumah kecil 3 bilik 50 tahun yang lalu dan masih tinggal di rumah yang sama sehingga sekarang.
  7. Merasa puas dengan rumah yang ada tanpa perlu tambahan kerana merasakan segalanya sudah cukup dalam rumah itu untuk keperluan hidupnya
  8.   Rumahnya tidak berpagar.
  9. sangat mencintai tugasnya menyebabkan dia tidak pernah bersungut tentang tugas.
  10. suka menaiki kenderaan awam
  11.  membawa sendiri kereta lamanya tanpa mengupah pemandu
  12.  tidak pernah menaiki jet walaupun ia mempunyai syarikat jet terbesar di duni
  13. mempunyai 63 syarikat besar tetapi tidak pernah menelepon para CEO syarikatnya untuk memberi arahan. Arahan diberikan hanya 
  14. sekali setahun bagi memberitahu target syarikat untuk tahun itu.
  15. Tidak ada mesyuarat dengan para CEOnya.
  16.  Hanya 2 peraturan diberikan kepada semua pekerjanya. Peraturan no1: Jangan biarkan duit pemegang saham hilang dengan cara apa pun.
  17.  Peraturan no 2: Jangan lupa peraturan no 1
  18. Tidak memiliki kad kredit
  19.  tidak memiliki telepon bimbit
  20.   suit yang dipakainya sudah   berusia 16 tahun danmenghantarnya sendiri ke kedai baru-baru ini untuk dibetulkan sebab sedikit  terkoyak.
  21.  -pulang ke rumah waktu petang dan duduk menonton tv sambil makan popcorn bersama isterinya.
  22. tidak ada percutian untuk menenangkan perasaan kerana dia merasakan hidupnya sudah cukup tenang
  23. memberikan  99% hartanya kepada badan kebajikan terutama kepada Yayasan Bill & Melinda Gates pada tahun 2010.
  24.  Kali pertama Bill Gates menemui beliau adalah pada tahun 2006 di rumah Warren. Bill bercadang untuk bertemu sekejap saja 
  25. tetapi akhirnya terpukau dengan falsafah hidup Warren dan menghabiskan masa lebih setengah hari dengan  Warren. 
  26. Pertemuan itu telah  merubah paradigma kehidupannya sendiri.
  27.  Tidak memanjakan anak-anaknya yang 3 orang itu dengan warisan harta kerana percaya setiap manusia perlu berusaha untuk hidup. 
  28. Oleh itu anaknya2 tidak pun dicatatkan sebagai penerima harta waris yang banyak kerana hampir keseluruhan hartanya sudahpun
  29.  diwasiatkan untuk badan kebajikan.
  30. Nasihat Warren kepada orang muda  ....              


       1. kad kredit adalah syaitan (evil) yang perlu dijauhi,
       2. jangan membazir duit

LAGI FAKTA MENARIK :-


Warren hidupnya tenang kerana dia amat seronok mencari duit tetapi tidak dikuasai duit. Bagi dia harta adalah hamba dan dia adalah tuan.
Dia seronok melihat orang lain gembira sehinggakan pekerjanya juga seronok bekerja dengannya.

Warren Buffet  Sikapnya mengeluarkan aura luar biasa untuk diikuti oleh orang lain. Setiausahanya terpaksa menolak apabila
 warren hendak menaikkan gajinya kerana ia juga merasa malu dengan gaji yang terlalu besar.

No comments:

Post a Comment